Cumalah kisah dan cereka seorang yang bernama Sara Ismail. Juga sedikit ilmu dan tips kekeluargaan yang aku baca/jumpa/dengar/lihat. Juga tips dan perkongsian pengalaman bisnes aku yang kecil-kecilan. Yang tak kan aku tinggalkan untuk setiap entry adalah kata-kata hikmah yang aku dapatkan dari en Google. ^o^
Wednesday, January 15, 2014
PROGRAM 5S DI PEJABAT
Assalamualaikum. Seminggu sekali je bersiaran kan? Ade yang da rindu ngan celoteh i ker? hehehe.. perasan lebih! Hari ni, kat pejabat aku kitaorang buat 5S. Kalau yang tak tau tu, 5S stand for (in Malay) SISIH, SUSUN, SAPU, SERAGAM dan SENTIASA AMAL. Sorry, lupe lak dalam bahasa Jepun perkataan-perkataan tu. Boleh je nak mintak tolong pakcik Google tapi malas la nok! Aku memang hafal dalam bahasa Melayu sebab kan aku keje ngan gomen. So memang kitaorang guna dalam bahasa Melayu la. Tapi tak pe la. Aku mintak jugak tolong pakcik aku tuh. Ni aku upload gambar untuk rujukan korang ye!
Aku salah seorang editor bertauliah untuk amalan 5S di pejabat aku di HQ. Tapi aku duduk di cawangan. Sedap2 je aku komplen itu ini waktu audit di HQ. hahaha... Almaklum la aku kat cawangan tak payah buat. Dekat 2 tahun sedap2 audit tempat orang, big bos suruh aku buat kat tempat sendiri (cawangan aku). Menggelabah kau!
So, start hari ni, aku ngan budak2 ofis sini memulakan aktiviti-aktiviti 5S. Pagi tadi masa mula2 buat rasa macam tak tau nak start dari mana. Slow2 kitaorang start mana yang depan mata yang senang2 dulu, skang da hampir kul 4 petang, da nampak sikit hasilnya. Nampak la kekemasan dan keteraturannya. Tak payah cerita kat tempat orang lain, tempat aku pun da nampak keberkesanannya. Selalu aku main kumpul je satu tempat dokumen yang nak difail, yang baru masuk dan yang pending. Sekarang aku susun elok2 kt 3tier rack; IN, OUT & KIV. Rasa macam akan senang je kerja aku esok2. Masuk2 kerja tak payah da nak belek satu persatu dokumen2 tu. Sekarang tengok je yang dalam IN RACK da boleh start kerja. Dan sebelum balik kena make sure yang dalam rak OUT clear. Weeehuuuu..
Actually sebelum ni bukan tak tau kene buat macam tu, tapi MALAS!! Rasa macam tak perlu sangat. Janji aku buat kerja elok2, simpan dokumen2 tu elok2, ok jer. hehehe.. Orang yang pemalas memang banyak alasan kan? Bermula hari ni, tak boleh bermalas-malasan dah. Nanti bulan April da ada auditor yang akan audit. Mintak2 tak de la diaorang komplen banyak2 sangat! Dibuatnya diaorang balas dendam kat aku, kesian staf2 aku yang bersusah payah ni. Hehehe... tapi rasa2 nya semua auditor yang dilantik termasuk aku adalah profesional dan hanya menjalankan tugas. Bukan sengaja komplen itu ini. Mana-mana yang minor tu kitaorang komplen senyap2 je. Suruh settlekan masa tu jugak. Tak de la masukkan dalam report.
Ok la uolls, nanti aku upload skali ngan gambar sebelum dan selepas aku buat 5S ye. Sekarang nak sambung susun2 sikit sebelum balik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment