Cumalah kisah dan cereka seorang yang bernama Sara Ismail. Juga sedikit ilmu dan tips kekeluargaan yang aku baca/jumpa/dengar/lihat. Juga tips dan perkongsian pengalaman bisnes aku yang kecil-kecilan. Yang tak kan aku tinggalkan untuk setiap entry adalah kata-kata hikmah yang aku dapatkan dari en Google. ^o^
Wednesday, January 8, 2014
CUTI AHKIR TAHUN
Rasanye da lama tak bersiaran kan? Last skali tahun lepas kot! hehehehe... what a lame joke right? ;) Actually aku pergi jalan2 kat Melaka - tempat kegemaran Mr H dan balik kampung skali. My own kampung hokey. Kampung aku dengan Mr H dekat2 je skali pun berlainan negeri. Dia Pahang, aku Ganu. Tapi Ganu aku sempadan Pahang. Makanye, kampung ktorang beza setangah jam je. Selalu kitaorang akan balik 2 2 kampung bg adil kan tapi kali ni, Mr H ade keje sikit kt Kelantan *aku bg peluang dia jadik bujang jap pergi Kelantan ngan kawan2 dia pergi kenduri best friend diaorang. Kalau dia buat perangai, aku tau la Sayang! Jangan nak ngengada!!*. So Mr H just drop aku kt my kampung before dia teruskan ke Kelantan. Duk la sane aku ngan anak2 selama 3h2m.. hehehe.. cuti2 akhir tahun! Memang seronok la aku ngan parents sendiri kan? Duk lagi lama pon aku lagi happy.
Alkesahnye, sorang makcik aku ni (kakak mak aku, Miss*J* mulut memang kepoh, tapi ktorang semua suka dia) dia cite yang suami makcik bongsu aku da kawen lain! Kiranya dia dimadukan la. Tapi aku bukan nak cite sangat pasal madu-bermadu nih (maybe lain karangan aku akan bercerita, klu korang sudi baca la). Yang aku nak share sesangat ni pasal ayah aku. ade jugak la sangkut paut ngan cite bermadu nih.
Ayah aku jenis orang kampung biasa2 je. X banyak sangat meluahkan pendapat secara terbuka. Biasanya ape2 hal dia nak cakap ngan anak2 akn melalui mulut mak aku. Bila ktorang start buat mesyuarat tingkap @ persidangan meja bulat, dia mula la buat2 ade keje. Padahal x de keje pon! hehehehe... tapi dalam perangai dia macam tu, rupa2nye dia adalah seorang pengkritik dan pemerhati yang hebat! sangat hebat in fact. Lepas dia dengar cite pasal makcik aku tu, dia pon dengan semangat waja memberikan sebab dan musabab kenapa makcik aku tu dimadukan. Semuanya memang betol dan logik dan kene tepat *setepek, bab kate org Ganu* kat batang hidung makcik aku tu (tapi ktorang cite tu kt belakang dia la a.k.a mgumpat ler tu!).
Moralnye wahai korang yang pompuan2 nih termasuklah hamba yang sedang mengarang ni (aku la tu) jangan ingat lelaki yang tak banyak cakap ni tak peduli ngan keadaan sekeliling dia! diaorang tu senyap2 berisi macam ubi! sekali dia bukak mulut, mak jemah pon mengaku kalah la!! hahahaahaha...
Last but not least, kali ni aku nak kasi peribahasa (demi memartabatkan bahasa Malaysia)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment