Friday, January 24, 2014

BELI RUMAH LELONG

Kalau uolls nak tau, umur aku da 32 tahun ni. Kerja da stabil, ada husband & da ade anak 2 org. Lengkap da ke korang rasa? No no no! Selagi aku tak ada rumah sendiri aku tak puas hati lagi. Memang manusia diciptakan Allah sentiasa tak puas hati kn dengan apa yang dia ada. SubhanaAllah! Alhamdulillah! Aku bersyukur dengan apa yg ada tapi masih nak berusaha untuk dapat apa yg tak ada lagi. So target aku dari tahun lepas nak beli rumah. Kecik atau besar tak kesah. Kalau kecik aku buat investment. Kalau besar duduk sendiri.
So nak dijadikan cerita, kami dapat tau rumah Mr H duduk masa bujang2 dulu kat Melaka nak di lelong dengan harga RM28K. Wah wah wah Mr H menggelabah la nak beli. Ada sentimental value katanya. Lagipun rumah tu memang bagus untuk investment. Da ada penyewa dan dekat dengan UITM. Senang la nak cari penyewa.
Since Mr H dah kenal tuan rumah asal, kitaorang try la nak settle off the auction tapi dia demand lebih2 pulak! Ktorg mntk RM30K tapi dia demand RM35K cash pulak tu. So ktorg decide nak try bid jer la. Mana la tau kot2 dapat lagi murah @ kalau mahal pon puas hati dari berurusan dengan orang yg banyak songeh.
setelah telefon sana sini, akhirnya dapat tau loan oleh CIMB BAnk. So Mr H telefon Cimb utk daftar utk lelongan tu. Utk info korang, beli rumah lelong kalau boleh jangan guna agen. Nanti diaorg mintak komisen 2% (biasanye la). Kalau tak kenal tuan rumah, cuba la selongkar surat-menyurat kt rumah lelong tu (kalau rumah kosong la tapi jangan la nak ikut sangat ye sebab salah tu selongkar2 barang orang ni).
Mr H da settle register dan da siap segala dokumen2 utk pergi hari bidaan. Sehari sebelum memang excited da sesgt ni. Sekali petang tu dapat tau rumah tu x jadi nak lelong! Owner da buat bayaran kt bank! Dush dush... remuk dendam pecah berderai impian kami berdua!!!!
Memandangkan kitaorang dah ambik cuti hari ni utk pergi lelongan tu, ktorg decide nak ronda2 sekitar Puchong dan Shah Alam utk cari rumah teres yang murah2 sikit. Ini untuk duduk sendiri la. Bajet murah2 je. Mintak2 dapat la Ya Allah. Doakan ktorg ye.. see you next time!
P/s: ari ni tak de moral story ye sebab malas nak fikir sgt. Tapi hopefully ada la sikit2 info pasal rumah lelong yg korang dapat dari pembacaan ni.

Tuesday, January 21, 2014

Sifat Seorang Lelaki

Aku dah kahwin hampir 5 tahun. Tahun ni la termasuk tu. Huhu.. sebelum tu, aku ngan Mr H da bercinta hampir 5 tahun jugak. So basically, kitaorang dah 10 tahun bersama-sama. Tapi sampai sekarang aku masih tak kenal sepenuhnya Mr H.
Meh aku mengimbas kisah percintaan aku ngan Mr H secara ringkas :)
Aku kenal ngan Mr H secara kebetulan. Dia tolong mak dia jaga kedai runcit kat Teluk Cempedak. Aku pulak gi sana atas urusan kerja. Masa tu aku praktikal kat Majlis Perbandaran Kuantan. So, lepas tu kitaorang tukar2 nombor telefon dan selalu keluar bersama-sama. Tengok wayang, makan-makan, sesaje cuci2 mata tapi no string attach! Habis je aku praktikal, aku balik belajar kt Melaka. Terputus la hubungan kitaorang. After like one year kot, ntah macam mane kitaorang berhubung balik (aku pon lupe mcm mane ktorang bole berhubung balik). Jumpa skali kt KLCC, then terputus balik. Dekat setengah tahun lepas tu, Mr H call aku (lepas KLCC, aku masih pakai no yang sama). Dia secara gurau2 ajak aku couple. Masa tu aku fikir, why not? Aku single, dia pun single. Tahun 2004, start la kitaorang couple secara rasmi. Tapi kitoarang couple jarak jauh. Dia di Kuantan, aku di Selangor. Setahun lebih kot, dia sambung belajar kat Melaka. Kitoang masih berjauhan tapi dekat la sikit dari sebelumnya. 2 minggu sekali ktorang boleh la jumpa. Kitaorang macam tu sampai la dapat anak pertama. Dia dapat tawaran 1st kerja pon kat Melaka. Tapi masuk anak kedua, dia dah pindah ke Selangor duk ngan aku. Alhamdulillah.
Ok, back to my first story. Sebenarnya, semalam aku bergaduh ngan Mr H. Sebelum tu aku ngan dia happy2 tengok wayang kat Beanieplex (best gile kot tengok sambil baring2. hehe). Keluar je wayang, dia cakap nak gi Bank Rakyat nak ambil sesuatu untuk kawan dia. Aku tanye utk ape, ape benda, dia tak nak cakap! Aku pun mengamuk la. Mr H nih, dia kadang2 susah nak explain sesuatu tindakan yang dia nak buat. Ingat aku boleh baca fikiran dia kot! Aku pulak jenis yang suka dengar "cerita panjang". X suka dengar cerita sekerat-sekerat ni. So bergaduh la kitaorang disebabkan orang lain. Moralnya, wahai lelaki2 sekalian, tolong la bagi tahu betul2 secara panjang lebar setiap tindakan korang especially bila ianya melibatkan wanita. Kalau korang buat belakang diaorang (bukan bersifat curang, hokey!), tak kesah la. Something she don't know, won't hurt her!

Wednesday, January 15, 2014

PROGRAM 5S DI PEJABAT

Assalamualaikum. Seminggu sekali je bersiaran kan? Ade yang da rindu ngan celoteh i ker? hehehe.. perasan lebih! Hari ni, kat pejabat aku kitaorang buat 5S. Kalau yang tak tau tu, 5S stand for (in Malay) SISIH, SUSUN, SAPU, SERAGAM dan SENTIASA AMAL. Sorry, lupe lak dalam bahasa Jepun perkataan-perkataan tu. Boleh je nak mintak tolong pakcik Google tapi malas la nok! Aku memang hafal dalam bahasa Melayu sebab kan aku keje ngan gomen. So memang kitaorang guna dalam bahasa Melayu la. Tapi tak pe la. Aku mintak jugak tolong pakcik aku tuh. Ni aku upload gambar untuk rujukan korang ye!
Aku salah seorang editor bertauliah untuk amalan 5S di pejabat aku di HQ. Tapi aku duduk di cawangan. Sedap2 je aku komplen itu ini waktu audit di HQ. hahaha... Almaklum la aku kat cawangan tak payah buat. Dekat 2 tahun sedap2 audit tempat orang, big bos suruh aku buat kat tempat sendiri (cawangan aku). Menggelabah kau!
So, start hari ni, aku ngan budak2 ofis sini memulakan aktiviti-aktiviti 5S. Pagi tadi masa mula2 buat rasa macam tak tau nak start dari mana. Slow2 kitaorang start mana yang depan mata yang senang2 dulu, skang da hampir kul 4 petang, da nampak sikit hasilnya. Nampak la kekemasan dan keteraturannya. Tak payah cerita kat tempat orang lain, tempat aku pun da nampak keberkesanannya. Selalu aku main kumpul je satu tempat dokumen yang nak difail, yang baru masuk dan yang pending. Sekarang aku susun elok2 kt 3tier rack; IN, OUT & KIV. Rasa macam akan senang je kerja aku esok2. Masuk2 kerja tak payah da nak belek satu persatu dokumen2 tu. Sekarang tengok je yang dalam IN RACK da boleh start kerja. Dan sebelum balik kena make sure yang dalam rak OUT clear. Weeehuuuu..
Actually sebelum ni bukan tak tau kene buat macam tu, tapi MALAS!! Rasa macam tak perlu sangat. Janji aku buat kerja elok2, simpan dokumen2 tu elok2, ok jer. hehehe.. Orang yang pemalas memang banyak alasan kan? Bermula hari ni, tak boleh bermalas-malasan dah. Nanti bulan April da ada auditor yang akan audit. Mintak2 tak de la diaorang komplen banyak2 sangat! Dibuatnya diaorang balas dendam kat aku, kesian staf2 aku yang bersusah payah ni. Hehehe... tapi rasa2 nya semua auditor yang dilantik termasuk aku adalah profesional dan hanya menjalankan tugas. Bukan sengaja komplen itu ini. Mana-mana yang minor tu kitaorang komplen senyap2 je. Suruh settlekan masa tu jugak. Tak de la masukkan dalam report.
Ok la uolls, nanti aku upload skali ngan gambar sebelum dan selepas aku buat 5S ye. Sekarang nak sambung susun2 sikit sebelum balik.

Wednesday, January 8, 2014

CUTI AHKIR TAHUN

Rasanye da lama tak bersiaran kan? Last skali tahun lepas kot! hehehehe... what a lame joke right? ;) Actually aku pergi jalan2 kat Melaka - tempat kegemaran Mr H dan balik kampung skali. My own kampung hokey. Kampung aku dengan Mr H dekat2 je skali pun berlainan negeri. Dia Pahang, aku Ganu. Tapi Ganu aku sempadan Pahang. Makanye, kampung ktorang beza setangah jam je. Selalu kitaorang akan balik 2 2 kampung bg adil kan tapi kali ni, Mr H ade keje sikit kt Kelantan *aku bg peluang dia jadik bujang jap pergi Kelantan ngan kawan2 dia pergi kenduri best friend diaorang. Kalau dia buat perangai, aku tau la Sayang! Jangan nak ngengada!!*. So Mr H just drop aku kt my kampung before dia teruskan ke Kelantan. Duk la sane aku ngan anak2 selama 3h2m.. hehehe.. cuti2 akhir tahun! Memang seronok la aku ngan parents sendiri kan? Duk lagi lama pon aku lagi happy.
Alkesahnye, sorang makcik aku ni (kakak mak aku, Miss*J* mulut memang kepoh, tapi ktorang semua suka dia) dia cite yang suami makcik bongsu aku da kawen lain! Kiranya dia dimadukan la. Tapi aku bukan nak cite sangat pasal madu-bermadu nih (maybe lain karangan aku akan bercerita, klu korang sudi baca la). Yang aku nak share sesangat ni pasal ayah aku. ade jugak la sangkut paut ngan cite bermadu nih.
Ayah aku jenis orang kampung biasa2 je. X banyak sangat meluahkan pendapat secara terbuka. Biasanya ape2 hal dia nak cakap ngan anak2 akn melalui mulut mak aku. Bila ktorang start buat mesyuarat tingkap @ persidangan meja bulat, dia mula la buat2 ade keje. Padahal x de keje pon! hehehehe... tapi dalam perangai dia macam tu, rupa2nye dia adalah seorang pengkritik dan pemerhati yang hebat! sangat hebat in fact. Lepas dia dengar cite pasal makcik aku tu, dia pon dengan semangat waja memberikan sebab dan musabab kenapa makcik aku tu dimadukan. Semuanya memang betol dan logik dan kene tepat *setepek, bab kate org Ganu* kat batang hidung makcik aku tu (tapi ktorang cite tu kt belakang dia la a.k.a mgumpat ler tu!).
Moralnye wahai korang yang pompuan2 nih termasuklah hamba yang sedang mengarang ni (aku la tu) jangan ingat lelaki yang tak banyak cakap ni tak peduli ngan keadaan sekeliling dia! diaorang tu senyap2 berisi macam ubi! sekali dia bukak mulut, mak jemah pon mengaku kalah la!! hahahaahaha...
Last but not least, kali ni aku nak kasi peribahasa (demi memartabatkan bahasa Malaysia)