Cumalah kisah dan cereka seorang yang bernama Sara Ismail. Juga sedikit ilmu dan tips kekeluargaan yang aku baca/jumpa/dengar/lihat. Juga tips dan perkongsian pengalaman bisnes aku yang kecil-kecilan. Yang tak kan aku tinggalkan untuk setiap entry adalah kata-kata hikmah yang aku dapatkan dari en Google. ^o^
Monday, December 30, 2013
Keje Over The Time
Aku keje gomen kan tapi tempat keje aku memang banyak kerja overtime ni sebab ade orang gune untuk buat event. So sekali-sekala aku keje la bile2 diperlukan. Boleh la tambah duet2 belanja nak shopping ke sebab aku ni giler sesangat ngan satu jenama tudung yang mahal ni! hehehe.. tp ikot kemampuan la kan? bile2 ade duet lebeh sikit bulan tu, aku beli la.
Dulu2 masa aku bujang2, selalu la keje overtime. tak de orang kacau sebab sensorang kan? nak dating (ngan Mr H masa tu) tak boleh selalu sbb dia duk Melaka. 2 3 minggu sekali je kitaorang jumpa. Tapi alhamdulillah, jarak tak memisahkan kami.. eh eh eh.. td aku nak cite pasal keje over the time kan? Mengarut lak.. hehehehe..
Sekarang da kawin dan da ade anak 2 orang, susah sikit la overtime2 nih. Tapi dari aku mengandung anak pertama sampai la ni, kalau aku overtime Mr H mesti nak ikut. Dia x boleh bagi aku je gi kerja tinggal dia sensorang kat umah. Memang la best tapi kenkadang aku pun segan ngan ofismate. Angkut semua ngan laki2 aku datang. Nak keje ke nak layan family? Memang la dia cakap da sampai ofis gi je buat kerja, dia layan anak2. Tapi sampai masa nye, aku jugak yang terkejar2 sana sini layankan anak. Buat keje sikit je, tapi layan diaorang yang lebih. Nak cakap kat Mr H tapi takut dia terasa, so jalan selamat aku x payah la sibuk2 nak overtime2 nih. Duk umah atau gi jenjalan ngan diaorang lagi bagus. duit memang la habis bila gi jenjalan nih, tapi at least anak2 aku x de la terperuk je dalam umah sampai ujung minggu pun duk je kat umah kan? *I will leave the question for you to answer. hehehe*
Alrite, itu cerita aku, skang sedikit ilmu untuk keibubapaan. Kalau kita nak anak-anak buat sesuatu yang baik, ajarilah dia semasa dia sedang tidur. Berbisiklah secara baik dengan menyebut nama penuh nya diikuti apa yang kita inginkan daripada beliau. Contoh yang selalu aku buat, semasa Adam atau Aqeel tidur, aku selalu bisikkan "Adam/Aqeel Hameezan, mama penat hari ni. Boleh tak tolong jangan bangun menangis2 malam ni? bagi mama rehat sikit ye. Thank you & I love you so much!" sebab anak2 aku selalu mengigau menangis memalam. Memang ambil masa untuk diaorang ikut, tapi Insyaallah menjadi sebab kita bercakap dengan minda separuh sedar mereka. Buat sikit2, lama2 jadik bukit kan? *lagi question mark for you*
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment