Friday, December 27, 2013

Assalamualaikum

Alkesahnye, da ade blog untuk bisnes tetapi hati selalu teringin nak berkarya (ahaks!) macam banyak sesangat je cereka2 bermain-main dalam mindaku ini (chewah gitu). nak berkarya kat blog bisnes tu, mcm x sesuwei la pulak. so terwujud la belog ini.
By the way, salam perkenalan untuk sesiapa yang 'terbace' belog ini. Maybe tersalah masuk tapi tolong la bace sampai abis ye. Sesaje sokong orang2 berjiwa puitis macam aku ni. hahahaha.... gelak sakan ko ye!
Untuk info korang la, aku ni kt luar memang biase2 je. jenis kadang2 orang x perasan pon aku ni ade kt situ (huhu... sedih mak tau!). dalam kumpulan mengumpat @ mesyuarat tingkap tu, aku duk je situ tersenyum2, tumpang2 gelak. sesakali je bercakap, itupun bile buat lawak kadang2 orang x paham ngan Mega Lawak aku tuh. tapi aku peduli ape kan? hidup je aku sampai umor aku skang 31 tahun (x yah la nak sorok umur, bukan korang kenal aku pun kn? HAHAHAHAHAHAHHAAHA).
Thats y la rase nak luahkan kat dalam blog ni. rase macam nak buat diari je. sesiape yang baca ni x kenal sangat aku. so bole la aku berpura2 (gelak sakan lagi aku ni, ahahahahaha). tapi dalam blog ni nanti aku akan banyak bercerita pasal diri, husband (Mr H), anak-anak (Adam & Aqeel, so far la) dan tips2 kekeluargaan yang aku terjumpe @ terbace di mana-mana. From time to time, aku tambah2 la ape2 info yang interesting untuk dikongsikan.
Perkenalan lagi, nama aku Sara (korang kenal macam tu je la, x yah la nak kene letak nama penuh kan?). Umur 31 tahun (2013. esok luse da naik lg 1 tahun). Aku keje makan gaji ngan gomen, gaji sikit je tp cukuplah untuk hidup, alhamdulillah. skang menetap kat Puchong tapi insyaallah tahun depan pindah umah sendiri di Shah Alam. Berasal dari Terengganu (asal Kemamang, makang ikang dalang pinggang etc etc etc...).
So rasanye, cukup la sesi perkenalan untuk hari ini, diwaktu ini. Bile2 aku up entry lagi nanti, korang akan kenal aku lebih dalam. kalau rasa nak baca lagi coretan aku la. kalau x berminat, x pe. moga kita dapat eratkan silaturrahim di tempat lain pula.
Quote of the day:
Assalamualaikum.. :)

No comments:

Post a Comment