Monday, December 8, 2014

MODAL PERMULAAN

Assalamualaikum.

Hi olls. Untuk entry kali ni, aku nak cite pasal MODAL PERMULAAN. Honestly, bisnes VM nih banyak jugak duet diperlukan. Aku setuju jer dengan otai2/jutawan2 internet cakap, bisnes boleh buat dengan jual online je sebab x perlukan modal. Promote barang online, customer bayar baru seller belikan barang dia. So, basically tak guna duet seller langsung. Tapi, the catch is, korang kene rajin tukar2 barang ikot trend. Tu yang aku paling malas! Memang ada je barang yang tak lapuk dek masa, so pandai2 la korang cari barang/servis macam tu.

Alrite back to original topic! Untuk VM nih, duet@modal permulaan digunakan untuk:

*BELI VENDING MACHINE
Macam yang aku cerita in my previous blog, VM nih banyak jenis. Semua bergantung kepada bajet korang. Pengalaman aku masa survey2 harga mesin tu, at last aku simpulkan berapa yang aku mampu nak invest. Aku kan share ngan sorang kawan. So kitaorang share 50-50%.

*BELI AIR & STOK
Duet diperlukan jugak untuk beli air dan stok. Masa hari sampai je mesin tuh, korang dah kene standby dengan air. Kalau tak rugi je la kan 1 hari tu. So kitaorang beli one day before. Sampai je mesin terus refill. Lepas siap refill, bile ada je orang pertama beli, hohohoho.. aku happy gile! Siap SMS member aku cakap 'da ade orang beli setin!' hahahahha..jakun je. Petang tu, aku sampai rumah tengok ade SMS. tin kedua selamat dibeli. hahahahahahahahhahahahaha... korang bayangkan perasaan aku. NExt pembelian tu, da tak kira la. So far, sampai sekarang, aku sentiasa bersyukur buat keputusan untuk involve in this business. Penat sikit, tapi sangat2 berpuas hati.

MANA NAK DAPAT MODAL PERMULAAN?
Dr. Azizan Osman (DAO) baru2 ni ada cakap, kalau nak berbisnes, jangan sesekali meminjam! Start bisnes dengan apa yang ada. Ada orang yang tak guna duet langsung masa mula2 buat bisnes, boleh jadik jutawan. Kenapa bukan kita kan? Alhamdulillah, aku memang guna cara tu. Bukan langsung tak guna duet tapi aku korek kesemua duet yang aku ada. Aku gadaikan barang2 kemas yang mak aku kasi (memang mak aku ade bagi untuk anak2 perempuan dia), ambik dari simpanan ASB (nasib baik Tabung Haji aku tak usik). So cukuplah untuk 1 mesin. Memang itu pun aku nak. 1 mesin je dulu. LAgi pun, masa tuh tak terpikir nak tambah lagi sebab tak de tempat. So, aku cadangkan korang pun guna cara yang sama. BOleh je buat loan, tapi takut korang tak mampu nak bayar. Pikir this way la, let say tempat yang korang letak tu tak untung sangat, macam mane? Nak kene cari tempat lain pulak. Agak makan masa la nak mintak kebenaran la, nak alihkan mesin tu lagi. Thats why la better korek la memane duet yang korang dapat cari. jangan meminjam!

Anyway, korang ada choice lain:-
a)LOAN BANK
Boleh je nak buat pinjaman bank. Guna personal loan. Ada masa, bank akan bagi promo 3% interest rate. Tu yang paling rendah la. Masa-masa lain, rate 4% dan ke atas. Masa pinjaman selama 5-10 tahun bergantung kepada bank mana korang pergi. Untuk info, Bank Rakyat selalu buat rate rendah2 ni. Untuk pekerja swasta pon ada pakej. Boleh pegi Bank Rakyat sendiri tanye ye.

b)TEKUN
Korang pon tau pasal Tekun kan? Boleh g sana buat pinjaman. Korang kene g Tekun yang terdekat dengan tempat korang nak letak mesin nanti. Rate dia 4% setahun. Tapi nak lulus tu, ambik masa 2-3 bulan. Kene sediakan paperwork lagi. Phew.. ada susah la.

Well, the choice is yours! Aku sangat2 sarankan pilih guna duet sendiri dulu, beli 1 mesin dulu. Belajar cara nak operate the machine, how to handle duet semua then baru la pikir nak tambah mesin. Jangan tamak! Kalau korang beli banyak mesin, kene pikir kenderaan untuk bawak air2 tu semua pulak. Kete biasa memang boleh tapi teruk la keadaannya nanti sebab air2 tu semua berat. Kakak aku bawak MPV untuk 2 mesin pon, jahanam kete tu jadiknya. Yang paling sesuai of course la pick up @ van, tapi itu semua kan duet! Bile aku buat bisnes, aku nak yang minimum cost, maximum profit, less burden! Even VM tak la max profit, tapi cukuplah untuk aku yang buat part time ni.

Alrite, stop for now. See ya in next entry. Moga bermanfaat untuk semua.

4 comments:

  1. salam..nak mintak advice berkaitan vending machine..01128002625

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Pn, sy nak tanya berkenaan VM .. khairil_jasmei@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  3. Saya ingin tahu lebih mndalam dlm business encik.. Harap boleh kongsi.. 014-5141013(aqli)

    ReplyDelete
  4. Salam, boleh saya tahu perkembangan bisnes vm setakat ini? Bagaimana sales? Keadaan mesin? Ada tambah mesin baru?

    Thanks

    ReplyDelete