Friday, January 2, 2015

2015

Assalamualaikum.

Simple jek tajuk tu kan? hehehehe.. sesaje buat cm tuh. Untuk entry yang pertama untuk tahun 2015, nak cerita lah azam aku untuk tahun baru nih!

Sebelum tuh, HAPPY NEW YEAR to everyone! Azam aku untuk tahun baru:-

a) Nak kembangkan lagi bisnes VM.
**Kali ni buat dobi layan diri pulak. Tapak da ada. Tinggal nak cari duet untuk beli mesin2 tu je. Kali ni, memang aku buat pinjaman bank. Insyallah, dengan pengalaman yang sikit, aku da boleh manage untuk buat pinjaman tersebut. Moga mendatangkan hasil, insyaallah.

b) Beli rumah & tanah
**Dah usha2 kawasan, tapi dalam proses perbincangan harga lagi. Untuk tahun 2014 dan sebelumnya, memang harga rumah melampau2 tinggi. Aku duduk area Puchong, Selangor. Kawasan yang best. Segalanya ada kat situ. Tapi rumah low-cost terrace pon, harga sampai RM300k+! So, lepas survey2, pegi 2-3 pameran hartanah, kitaorang decide nak beli tanah area Mahkota Cheras, Cheras. Nanti kene buat rumah sendiri la. Aku ngan Mr H dah buat pelan rumah pon. Hehehe.. excited btol!

c) Kuruskan badan.
**azam wajib setiap tahun. hahahahha... tapi tak penah nampak lagi outcome nye setakat ni *0* Dari 2-3 bulan yang lepas, aku ada join Jazzercise. memang la best, berpeluh sakan masa buat tapi balik rumah, melantak tak hengat. Macam mane la nk kurus kan??

d) Money Management
** Alhamdulillah, VM dah ade 3 setakat ni. Tak lama lagi akan masuk dobi, so kene uruskan betul2 duet yang masuk. Last day 2014, aku & Mr H gi SSM daftar syarikat kitaorang, SHAA Golden Ventures. Dalam minggu2 depan, aku akan daftar bank untuk syarikat pulak. Pas ni, segala duet dari bisnes2 nih, akan masuk ikot situ dulu. Then, baru la pikir pasal gaji ke apa. Memang aku decide, hasil keuntungan, hanya ambik percentage untuk gaji sahaja. Lepas tolak hutang2 bisnes tuh aka personal loan & sewa tapak, yang lain biar je kat situ. Moga2 hujung 2015, aku bajet sekurang2nya dalam tuh ada RM20k! Amin.

e) Tolong orang sekeliling, especially parents aku & Mr H.
**kalau boleh, nak anta diaorang gi umrah guna duet aku sendiri hasil dari bisnes ni. Tapi kalau in case tak mampu lagi, at least tolong ringankan beban diaorang setiap bulan pon alhamdulillah. Setakat ni, yang aku mampu guna duet gaji memang sikit je la jumlahnya. Sebab tu, bajet tahun ni (dari duet gaji bisnes), aku nak bagi lebih pd parents kitaorang. Tapi aku tau, banyak mana pon tak mampu nak bayar penat lelah diaorang jaga kitaorang. Anyway, thank you so very much to our parents. Tak terbalas jasa korang selama ini. Tacing sikit part ni, :'(

Itu sahaja azam new year. Tapi semua yang kat bawah ni aku nak buat jugak kecuali stop smoking, sebab aku tak smoke. Bye bye..