Assalamualaikum.
Aku sambung balik intro aku pasal VM nih.
So, dah buat keputusan nak invest dalam VM ni. Aku kongsi dengan kawan aku yg bagi idea tu la. Janji 50-50% share. Start la kitaorang mencari mana nak beli mesin. Bawah ni aku listkan cara-cara untuk beli mesin.
1# SUPPLIER MESIN
Korang boleh beli VM nih dari supplier mesin sendiri. Yang aku jumpa, ada la 3-4 company yang buat mesin nih. Tapi nak boleh dapatkan contact number tuh, agak payah jugak la. Google pon susah nak jumpa. Kalau dah jumpa, harga pulak tak menepati bajet aku. Sampai la kitaorang jumpa satu company ni, ok la. harga pon ok. So beli ngan dia terus. Diaorang import VM yang terpakai dari Jepun. Sampai Malaysia, diaorang tukar sparepart dalam tu dengan yang baru. Mana yang elok tu, diaorang maintainkan je dalam tu. Sebab tu harga pon boleh la tahan, xde la mahal sangat. supplier jugak akan sediakan pengangkutan FOC, kalau dekat dengan kilang diaorang. Otherwise, diaorang akan caj sikit la. Kalau beli yang set baru, memang belas-belas ribu la. Dapat warranti setahun. so far, ok la. tak de rosak2.
2# AGEN
Boleh jugak beli mesin ni dari agen. Ramai sesangat yang jadik agen nih. Korang google je, memang berderet-deret la klua list agen. Harga slightly mahal dari beli sendiri. ada agen yang berani jamin harga diaorang lagi murah, tapi tu semua tipu je. Takkan la agen nak jual harga rugi pulak kan? Tapi kebaikan agen, kebanyakkannya akan uruskan semua dari pengangkutan ke pemasangan VM tu ditempat yang customer nak. Kalau ada rosak2 pon senang. call je diaorang akan datang. Beli dengan supplier, diaorang main call2 je ajar thru phone kalau ada rosak2 ni.
3# SUPPLIER BERJENAMA
Last skali, korang boleh beli dengan supplier yang berjenama. Aku tak reti sangat nak namakan diaorang macam mana. Yang pasti, diaorang nih selain jual mesin, diaornag jual sekali jenama minuman tu. Contoh eh, Nestle. Jual VM and boleh letak air di bawah jenama diaorang je. Itu contoh je. Tapi last skali dengar ari tu, diaorang dah tak buat sub pada orang ni. Diaorang buat sendiri je. Tapi maybe aku salah. Korang boleh cari info tu sendiri.
Itu la 3 tempat korang boleh dapatkan mesin ni. bergantung kepada kesanggupan korang untuk invest macam mana. Dengan supplier, maybe susah sikit tp harga murah. Dengan agen tersangat la senang. Semua dia uruskan. Harga mahal la sikit kan. Yang last tu pulak, strict sikit la sebab guna jenama diaorang je. Tapi ape2 hal pon, bergantung pada korang nak pilih yang mana satu. Aku ngan partner aku pilih no. 1.
In case korang berminat dan nak guna agen, aku pon AGEN JUGAK. hehehehehehe.. korang boleh tinggalkan comment kat bawah dengan no. telefon, aku boleh call. Harga, Insyallah boleh runding.
Next entry nanti, aku akan cite pasal jenis-jenis mesin. Macam-macam jenis mesin yang ada. Korang pilih je ikut bajet nanti.
So until then, chow chin chow.
Cumalah kisah dan cereka seorang yang bernama Sara Ismail. Juga sedikit ilmu dan tips kekeluargaan yang aku baca/jumpa/dengar/lihat. Juga tips dan perkongsian pengalaman bisnes aku yang kecil-kecilan. Yang tak kan aku tinggalkan untuk setiap entry adalah kata-kata hikmah yang aku dapatkan dari en Google. ^o^
Wednesday, November 26, 2014
Friday, November 21, 2014
CAN/BOTTLE VENDING MACHINE ~~PART 1 INTRO
Assalamualaikum.
Macam aku pernah cakap sebelum ni, aku ade buat bisnes kecil-kecilan. Dari tahun 2009, aku start bisnes ngan online. Jual beg yang diimport dari Taiwan, agak laku la masa tu sebab aku antara yang awal-awal jual beg tuh online. Dan masa tu tak ramai sangat yang jual online nih. Then, aku stop jap sebab aku deliverkan si Adam. Lepas dia lahir, aku busy dengan dia. X sempat nak online sangat kat umah. lagi pun prinsip aku adalah kat rumah, aku nak tumpukan sepenuh perhatian kat dia je. ok ok ok... ^_____* stop cite pasal latar belakang aku. Nanti aku up entry lain, kalau rajin. hehehehehe..
Terus jump pada bisnes aku terkini, InsyaAllah aku berazam untuk memajukan bisnes yang satu nih. iaitu CAN/BOTTLE VENDING MACHINE! So far, aku baru ada 3 mesin yang aku beli dengan so called, duet sendiri :)
Adam dan Aqeel di samping salah satu VM kitaorang
Actually, idea bisnes nih datangnya dari kawan aku @ my office colleague. Masa tuh aku busy dengan bisnes online aku, jual CYECAH-CYECAH SAMBAL HITAM PAHANG. Then tetiba satu pagi tu, dia tanya aku nak tak join dia buat bisnes nih? Lokasi kat tempat keje aku jugak. TING TING TING!!! Masa tu jugak otak aku bekerja dan berpikir, then terus je ON. So, bermula lah hidup aku berkecimpung dalam bisnes nih. Mr H memang setuju and support aku 150%! Anak-anak aku skali aku angkut ikut kitaorang masa pergi servis mesin tu. hehehehe.. niat nanti da majukan betul2 bisnes nih, then inherit kan pada diaorang. So x payah la anak-anak aku sibuk nak kerja ngan orang lain pulak nanti. Unless diaorang nak keje lain dari bisnes, jadik pilot ke, doktor ke, hak tu kene g keje ngan orang lain jugak la. Tapi kan, kalau aku kaya (amin!) aku bagi je duet modal untuk diaorang bukak bisnes diaorang sendiri ikut kepakaran masing2. InsyaAllah.
So kenapa Can/Bottle Vending Machine yang aku pilih sebagai bisnes yang aku nak usahakan bersungguh-sungguh? Mungkin juga boleh dijadikan panduan untuk korang2 yang berminat dan masih fikirkan what kind of business you want to invest to:-
#tak memerlukan masa yang banyak - servis then tinggal
VM nih kan self-service. So tak payah kita nak duduk sebelah jaga mesin tuh kalau orang nak beli air. Apa yang perlu kita buat hanyalah penuhkan mesin @ istilahnya SERVIS, then tinggal jer la mesin tu untuk bekerja untuk kita. Servis cukup la seminggu sekali atau 2 kali. Buat pon lepas abih kerja atau waktu malam. Senang dan mudah! Bak kata orang, sambil tido2 lepak kat umah pon duet MASYUK! hehehehe..
#tak memerlukan pekerja
Mesin tuh yang buat kerja untuk kita, tak payah susah2 cari pekerja. Mesin tak pernah cuti sakit (kecuali rosak la kan. Nanti2 aku up entry pasal mesin tuh sendiri). So tak de lah kita nih nak berhadapan dengan kerenah macem2 pekerja nih. Aku tau la sebab aku pon bekerja ngan orang, hehehehehe...
#Buat kerja sikit tapi MASYUKKK
Alah.. susah sikit je masa nak nak servis sebab air tu kan berat. Sebagai perempuan, aku pon tak larat nak angkat semua2 air tu. Sekali servis bukan secarton dua tau. Aku pernah bawak lebIh dari 15 carton. Tapi beli la troli tolak tu. Keluarkan modal tu skali masa beli mesin. kalau asyik pikir nak kerja senang je tapi nak duet, korang pikir la kerja apa yang ada macam tu (sebab aku langsung tak boleh pikir adenye keje macam tu).
#Barang @ stok yang mudah didapati
Barang @ stok untuk VM nih hanyalah air tin @ air botol yang boleh didapati di mana-mana kedai sahaja. Samada murah atau mahal je harganya. Tapi mula-mula tu, korang pergi la survey2 dulu kat mana murah. Then, untuk yang berikut2nya, beli je la kat situ. Alhamdulillah, kat tempat aku ada tempat yang murah untuk beli air. Cuma satu je nak share, korang pergi la mana-mana tempat pon, akan ada air yang murah, dan ada yang mahal. Kadang2 kedai A jual air laici murah tapi Coke mahal. Gi kedai B Coke murah, soya pulak mahal. Macam tu la selalunya. So aku ngan partner aku decide cari kedai yang paling banyak air murah, kalau ada 1 2 jenis yang mahal, redho kan je la. Tak kuasa aku nak gi 2 3 kedai untuk cari air yang murah. perabihkan minyak kete je.
ok, so far, almost 5pm, aku pon da nak balik keje. Nampak tak, aku ngulor jap buat entry nih. heheheheh...bos nanti jangan berkira ye. Sebab kadang2 aku buat kerja opis luar waktu ofis hour pon x berkira. hahahahahaha..Aku rasa 4 alasan di atas da cukup kot untuk entry VM yang pertama nih. kalau aku terpikir lagi alasan lain, aku update balik ye.

Thursday, November 20, 2014
PERMULAAN BARU - I'M LOOKING FOR BLOGSPOT GURU
Assalamualaikum.
Aku selalu baca blog2 orang lain yang glemer2, setiap kali baca aku semangat berkobar-kobar nak menulis jugak. **sigh** tapi apakan daya, semua ayat-ayat dan kata-kata tu dalam kepala je muncul. Tangan malas pulak nak menaip. hehehe..
So skang berjanji ngan diri sendiri, nak start menulis selalu. Nak update selalu. Sebelum nih aku menulis sebab kunun2 nak suruh orang baca kesah aku. Kot2 la bole glemer gak macam blogger lain kan? ^0^ tapi skang, aku akan menulis untuk kepuasan sendiri ** sebab aku selalu gak bermonolog sendiri **. Dan jugak sebab aku nak bercerita pasal hal2 family. so that suatu hari nanti, bile anak2 aku da besar, diaorang boleh baca dan menghayati kisah mama diaorang ni. cerita-cerita yang mungkin aku tak berkesempatan untuk kongsikan dengan mereka.
Untuk permulaan ni, memandangkan aku tak berapa pandai untuk menggunakan blogspot ni, aku akan mencari GURU untuk menuntut ilmu. Actually, aku reti nak menulis sikit2, tapi semua layout2 blog tu x reti nak buat. So andai la kata ade yang terbaca blog aku nih dan rasa nak share ilmu korang, boleh tinggalkan komen ye. Nanti aku contact. Nak suruh bayar pon aku sanggup.
Selain untuk bercerita mengenai diri dan family, aku jugak nak share sikit-sikit pengalaman sebagai seorang BUSINESSWOMEN kecil-kecilan. Aku ni keje tetap kat jabatan kerajaan tapi ada la buat bisnes luar sikit2. Saje nak tambahkan pendapatan, nak menyenangkan anak-anak dan jugak parents aku. Suka aku tengok orang asyik jalan sini sana, gi oversea la, even jalan-jalan dalam Malaysia pon. Jeles tau! ^___^ So jalan mudah adalah berbisnes di luar waktu kerja. Tapi macam yang korang tau la pun, bukan senang nak berbisnes jugak. So bisnes apa aku buat, macam mane aku buat, nanti2 aku cite yek.
Target aku, seminggu aku nak buat 2 karangan. hehehe.. kalau ade orang baca, bacalah dengan senang hati, lapang dada. Apa yang boleh dijadikan iktibar, ambillah! Ape yang rasa tidak menyenangkan, silalah tinggalkan blog aku dengan senang hati jugak ye. Untuk haters semua, pilihan di tangan anda. Tak perlu sakitkan hati sendiri dengan kata-kata yang bakal diluahkan sebab aku x pedulikan pon sangat ngan pandangan orang lain.
Ok, bubyeeee..

Subscribe to:
Posts (Atom)