Tuesday, June 24, 2014

PENIPUAN YANG NYATA

Assalamualaikum.

Hari ni nak bercerita pasal PENIPUAN. Aku memang jenis yang tak suka menipu dan semestinya ditipu. Siapa suka kena tipu kan? Terutama sekali, ditipu oleh orang yang paling kita percaya, orang yang paling rapat dengan kita. Bila dia bagitahu sesuatu yang bukan perkara sebenar (erti kata lain, MENIPU) dan kita memang tidak tahu atau sedar, mungkin tidak menyakitkan hati sangat. Tapi kalau terbongkar, sakit hati itu akan datang dari hati yang paling dalam!


Untuk perempuan macam aku ni, aku hanya mampu menangis sendirian. Mengadu dan berbicara dengan diri sendiri, juga hanya pada Allah! Betapa dalamnya sakit hati itu, hanya Allah yang tahu. Untuk bercerita dengan kawan-kawan, aku bukan orang sebegitu. Memburukkan orang dibelakangnya sekalipun dia berperangai buruk dengan ku.

Bilamana aku bagi 'hint' untuk dia berterus terang dan mengakui kekhilafannya, masih dia menegakkan benang yang basah. Hirisan kesakitan makin dalam. Macam mana hidup aku seterusnya mengadap dia yang paling aku sayang? Moga-moga aku diberikan kekuatan oleh Allah swt untuk sentiasa bersabar dan moga juga dia diberikan petunjuk olehNya untuk tidak lagi berkelakuan sebegitu.

Kepada sidia yang tidak ingin aku nyatakan, sesungguhnya aku tahu pembohongan mu itu. Ini bukanlah pertama kalinya kamu berbuat demikian. Entah berapa banyak penipuan yang telah kamu katakan padaku yang tidak aku ketahui, moga Allah mengampunkan kamu di atas dosa-dosamu itu. Dosamu padaku telah pun aku maafkan. Aku terpaksa maafkan kerana aku sayangkan kamu. Namun, harap kamu tidak mengambil kesempatan di atas kasih sayang itu. Kasih yang akan pudar sekiranya sentiasa dibajai dengan racun. Walau sedikit mana pun racun yang ditabur itu, sekiranya dilakukan selalu, lama-lama ianya akan memberikan efek juga pada pokok tersebut! Moga hubungan kita akan berkekalan, amin!