Tuesday, May 20, 2014

Assalamualaikum. Lama tak bersiaran kan? Lagi lama dari yang sebelum ni. Actually, kalau korang baca last post aku, aku agak busy dengan 'tangible business' aku. Alhamdulillah, walaupun bukan untung ribu2 sbb aku sharekan, tp cukup la setakat nk tambah2 bayar sini sana.
Ok, hari ni aku nak cite sikit pasal hidup dalam dunia yg canggih-manggih ni. Terutamanya berkenaan smartphone. Untuk sesape yg gila sesangat dgn smartphobe tu, TOLONG la ingat bukan semua orang macam anda. Ada orang2 sekeliling anda yg perlukan perhatian anda lebih dari anda perlukan smartphone.
Aku sendiri merasai situasi ni. Bila kita bercakap dengan dia, dia sibuk dengan smartphone dia tu. Sampai satu masa, aku terfikir, baik aku keluar/makan/bercakap sensorang daripada sakit hatI sebab dia langsung tak pandang muka kita. Bila kita tegur, samada dia akan jawab "I dengar, you cakap je" atau dia akan buat muka. 2 2 situasi pun aku tak suka. So senang cerita, baik la aku x payah keluar dengan dia kan?
So korang beringat la. Jangan leka sangat dengan smartphone yang korang duk bangga2 sangat tu. Yang jaga makan pakai sakit korang, orang2 sekeliling yang korang abaikan kat luar dr smartphone tu. Kalau leka sangat, takut lama2 orang sekeliling tu da malas nak berhubungan dengan korang. Nanti suruh je la orang2 dalam smartphone korang yang jaga makan pakai sakit korang ye! Ada brannn?
Chewah, tu namanya sesi meluah perasaan. Tapi ada peringatan di situ. Harap2 korang jadikan pedoman.