Cumalah kisah dan cereka seorang yang bernama Sara Ismail. Juga sedikit ilmu dan tips kekeluargaan yang aku baca/jumpa/dengar/lihat. Juga tips dan perkongsian pengalaman bisnes aku yang kecil-kecilan. Yang tak kan aku tinggalkan untuk setiap entry adalah kata-kata hikmah yang aku dapatkan dari en Google. ^o^
Friday, March 14, 2014
PENGALAMAN BERBISNES KECIL-KECILAN
Assalamualaikum!
Yaaaaaaaaaa Allah, ampun! Lama bebenor tak hapdet belog aku nih. Dah bersarang segala sarang rasanya. hehehe.. Banyak cerita nak story mori tapi busy memanjang dengan online bisnes la, nak settlekan pinjaman rumah la, nak bukak cawangan bisnes lain la... chewah chewah... ayat tak hengat! Macam businesswomen yang berjaya sesangat kan? hahahaha...
Aku nih tak ada la berjaya sangat bisnesnye, tapi memang bercita-cita nak berjaya. Makanya, kena la usaha sikit bila-bila nampak peluang untuk bukak bisnes. Memandangkan aku nih tak lah banyak modal dan masa, so cari la bisnes-bisnes yang boleh menguntungkan (sekali pun sikit dulu) dan memerlukan usaha yang tak maksimum. Mula-mula buat bisnes, aku start dengan jadik agen secara online. Customer bayar, baru aku order barang. Then, baru-baru ni naik 'pangkat' sikit jadik stokis untuk SAMBAL HITAM PAHANG. Memang meletops uoll sambal tu (sempat gaks aku promote :)). Dalam usaha dan perancangan, aku berusaha untuk ada bisnes luar daripada dunia online. Tangible bisnes. Insyaallah, tak lama la cita-cita tu akan tercapai.
Meh aku cerita pasal jadik agen ni untuk sesiapa yang tak tahu lagi la. Mana-mana bisnes online yang korang jumpa dan korang rasa ada potential untuk mendapat permintaan tinggi, cuba-cuba la korang risik2 peniaga yang menjual atau supplier (boleh tanya pakcik Google ye) samada dia nak cari agen atau dropshipper. Dropshipper, kerja dia copy paste gamba & info berkenaan produk, promote produk tu then kalau ada jualan, customer akan bayar kat dia jumlah. Dia kemudian akan bayar kepada supplier termasuk duit postage untuk supplier tu poskan. So dropshipper cuci tangan bersih kan? Yang penting buat promosi je. Ko nak online 24 7 pon orang tak kesah sebab tak payah bersusah payah nak bungkus barang, pergi pejabat pos segala. Beza dengan agen, supplier akan poskan barang pada dia. Then dia yang akan poskan pulak pada customer. Biasanya agen akan dapat lebih untung la sebab dia beli banyak-banyak biasanya. So, aku sebagai agen akan kumpul dulu order baru beli dari supplier.
Next, aku cakap aku naik pangkat jadik stokist kan. Sebagai stokist, aku keluarkan dulu duit sendiri untuk beli Sambal Hitam Pahang tu. MOdal tu dari hasil aku kumpul sikit-sikit duit bisnes sebellum ni. Tapi tak de la banyak sangat modal aku keluarkan. Pengalaman pertama jadik stokist, aku macam jakun sekejap. Sebab apa tau? Dulu-dulu, bila customer bayar, aku keluarkan semua duit tu buat bayar kat supplier @ beli barang dari supplierkan? So yang balance tu baru untung aku. Tapi sekarang, bila customer beli, semua duit tu memang hak aku! Bila kira-kira, eh eh... apsal banyak bebenor duit aku ni? Hahahahahaha... padahal aku tak tolak lagi modal yang aku keluarkan awal-awal tu. Vengong kan! Haahahahahahahhahahaaha.. makcik kayo!!!!
Last setakat hari ni, aku try untuk adakan tangible business. Itu yang aku panggil untuk bisnes yang ada 'kedai' kat luar dari dunia maya. Aku share dengan sorang member kat ofis. Banyak jugak modal yang aku keluarkan. FYI, ribu-ribu tu banyak la untuk aku. Melilau jugak cari duit sini sana tapi tak de la nak hutang dengan famili @ kawan-kawan ke. Hutang dengan bank je. HAhahahaahahahaha.. Moto bisnes aku, kalau nak berhutang bukan dengan orang sekeliling tapi dengan bank. Apa-apa hal aku tanggung sendiri. Tak nak la gaduh-gaduh masam-masam muka dengan orang yang kita berhutang tu. dengan bank gaduh-gaduh dalam mahkamah je... uweeekkk! Bisnes ni masih diperingkat separuh jalan. Masih tunggu barang dari supplier nak sampai. Hopefully by end of this month, barang boleh sampai la. So next month dah boleh kira untungnya. weeehuuu! (actually, aku sendiri tak boleh bayangkan macam mana effort yang diperlukan untuk menjalankan bisnes baru ni since benda ni benda baru untuk aku).
So harap korang dapat doakan untuk aku ye. dan aku jugak harap sedikit sebanyak aku dapat bagi info kat korang pasal bisnes untuk orang yang tak banyak modal macam aku ni. Kalau-kalau korang rasa nak tanya pasal pengalaman aku yang tipis ni, boleh WA no aku kat tepi tu. Aku memang suka share ilmu dengan harapan ilmu itu akan makin bertambah untuk aku. Boleh jugak kalau korang WA untuk share pengalaman korang.. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)