Cumalah kisah dan cereka seorang yang bernama Sara Ismail. Juga sedikit ilmu dan tips kekeluargaan yang aku baca/jumpa/dengar/lihat. Juga tips dan perkongsian pengalaman bisnes aku yang kecil-kecilan. Yang tak kan aku tinggalkan untuk setiap entry adalah kata-kata hikmah yang aku dapatkan dari en Google. ^o^
Wednesday, February 5, 2014
DIVA BERLAGAK!!!
Assalamulaikum uolls.. sesaje nk ikut language budak leni. suka pendek2 kn bahasa ye? Tajuk aku tak hengat kan? Diva uolllsss! Baca sampai habis then korang akan tau kenapa itu tajuk yang aku letak.
Ok cerita ku ari ni berkisah pasal family Mr H. Satu-satunya adik yang dia ada adalah adik perempuan dia. Kiranya Mr H ni yang kedua last la dalam family. Adik perempuan tu pulak adalah satu-satunya perempuan dalam family yang berenam tu. Panggil je dia NAY.
Si NAY ni keje dunia glamor. Keje apa tak payah la aku sebut ye. Nanti korang google dia pulak. hehehe.. Dia ni memang la cantik. So da masuk dunia glamor, orang nya cantik, apa lagi berlagak DIVA la kan? Aku tak kisah sangat kalau dia berlagak dengan orang luar, tapi dengan family sendiri pun nak berlagak apa kes?? Dia tu bujang lagi. Duduk serumah dengan aku. Tak pe la, aku tak kesah sangat sebab Mr H satu-satunya abang dia kat KL nih.
Yang buat aku geram kan, dia masuk rumah, keluar rumah, tak tidur kat rumah, semua pun tak cakap dengan kitaorang. Bukan nya aku minta dia report segala aktiviti dia ke, tapi sekurang-kurangnya bagi tau la kalau dia tak balik rumah, tidur rumah kawan-kawan dia ke. So nanti kalau2 apa2 terjadi kat dia atau ada emergency dalam family, tak dapat nak call dia, kitaorang tau mana nak cari. Kalau family dia cari kitaorang tak tau, tak ke kitaorang jugak yang kene nanti? Apa guna ada abang tinggal serumah tapi abang pun tak tau ke mana dia kan? Ini dia buat macam rumah kitaorang tu macam rumah sewa. Dia sewa bilik ngan orang-orang yang dia tak kenal! Dengan si Adam & Aqeel pun dia tegur gitu-gitu je. Memang aku menyirap setiap kali dia buat macam tu. Macam anak-anak aku pulak yang terhegeh-hegeh nak borak dengan dia. Tapi dia buat derk je..
Aku kalau dia balik je, aku memang buat derk je. Buat macam dia tak de pun kat bilik tu. By the way, memang pesen dia balik je terus masuk bilik, kunci! Keluar pun kalau nak makan (itu pun sebab dia PEMALAS yang amat, masak megi @ order SEGERA je) atau kalau dia nak pergi tandas atau bilik air. Selain dari tu, memang duduk dalam bilik je la. Dengan bilik yang berselerak, baju bersih dengan baju da guna tu disekalikan. Haish, aku pun tak tau la macam mana dia boleh terperap dalam bilik macam tu.
Tapi kan uolls, dia ni ada satu perangai. Kalau la dia ada buat salah dengan kitaorang (tak boleh nak explain apa kesalahan tu), dia akan tetiba je jadik baik dengan kitaorang semua. Tetiba je dia balik, boleh borak-borak (walau pun sekejap), boleh senyum-snyum (sebelum tu nak senyum pun bukan main payah), boleh pulak gurau2 dengan anak-anak aku, memang ada something fishy! Tapi aku ngan Mr H tak nak la berburuk sangka sangat. Anggap je la dia baik tu sebab dia nak berbaik ngan kitaorang. Dalam 2 3 hari ni memang dia baik je. Siap bermanja-manja dengan aku suruh pakaikan dia tudung la (dia memang freehair), pinjam pin la. Kita tengok je la berapa lama dia baik macam tu. Biasa nya tak sampai seminggu dia akan balik pada perangai DIVA dia tu balik.
Aku sebenarnya, memang marah tu marah la kat dia. Macam kitaorang terhegeh-hegeh sangat nak tumpang dia yang GLAMOR tu. Tapi kalau dia boleh berbaik, sentiasa bertegur dengan aku, cakap ngan Mr H bebaik,layan anak-anak aku bebaik, aku okey je. Kalau aku masak-masak kat rumah, dia ade, aku pun masakkan lebih sikit untuk dia walau pun dia tak kan tolong aku pun.
Tapi dia tu kene la anggap kitaorang ni macam family yang rapat dengan dia. Actually, dia tu ade favorite kakak ipar n abang nya. Kitaorang ni sebab dah tak orang lain dia boleh duduk sekali, tu yang dia duk jugak dengan kitaorang. Duduk dengan kitaorang banyak jimatnya. Bayar RM150.00 dapat bilik sendiri, tak payah cuci2 tandas atau kemas rumah! Baju-baju basuh sendiri ye! Fikirkan diri sendiri je. kalau duk rumah sewa, da la dapat bilik kecik, mahal pulak tu! Kena ikut giliran kemas rumah/tandas semua. Kan untunng duduk dengan aku kan? Dah macam tu pun, boleh pulak racun MIL aku cakap kitaorang ni ada salah dengan dia? ish ish ish... jenuh aku dengan Mr H fikir apa pulak yang kitaorang buat salah kat dia? Tapi itu lain kali la aku cerita ye?
Waktu is time untuk aku balik kerja. jap lagi sampai la tu Mr H nak ambil aku. Kitaorang ada 2 kereta tapi lebih mudah carpool untuk jimat belanja tol dan minyak. Sekarang semua mahal kan? Kena pandai-pandai la berjimat mana yang boleh. Kalau hari-hari makan KANGKUNG pun ok ape? Kan murah...heheehehehe... tak mo panjang2 cerita kangkung ye! peace no war...
Subscribe to:
Posts (Atom)