Tuesday, August 11, 2015

MALAS YANG AMAT NAK MENULIS!

Assalamualaikum.

Skang baru ada rasa nak menulis balik. Sape2 yang reader aku tu, kalau suka baca, x suka x payah baca eh? Memang ini blog syiok sendiri. Hehehe..

1) PASAL BISNES
VM aku masih lagi 3 unit je setakat ni. Belum tambah apa2 lagi. Disebabkan aku dan Mr H ni bekerja full time, so kitaorang belum berkesempatan lagi nak tambah baru. Kene pikir jugak masa yang ada untuk servis mesin2 tambahan tu kan. Lagipun, kitaorang cuba settlekan hutang2 yang ada dulu sebelum nak tambah hutang baru.
However, idea untuk buat coin-operated laundry masih lagi berlegar-legar di fikiran kami. Sekarang, idea tu bertambah-tambah hebat kitaorang bincangkan. Sebabnya Mr H dah x tahan kerja kat ofs dia sekarang. Banyak sangat politiknya! So, kami bercadang utk tambahkan bisnes, then after 2-3 years, Mr H boleh PENCEN dan concentrate on our business. Aku akan tetap bekerja sebab macam rugi pulak kalau brenti kan. Bukan senang nak dapat keje gomen nih.
Cerita pasal coin-operated laundry nih, perlukan modal yang besar uolls. Ini bukan cerita below RM50k. Kalau korang survey2, memang boleh dapat harga bawah 50k cm tu, tp mesin korang dapat tu sesuai utk letak kt hostel je. Kami bercadang, alang2 buat business loan, nak buat yang besar terus. Tak de la, hutang 50k, then nanti nak tambah lagi. susah sikit la bank nak kasi lagi kan. So, buat la 200-300k terus. Hhehehee.. angan2 memang kene tinggi! Nak berjaya, kena angan-angan dulu. Tapi jangan la pulak ngan-angan Mat Jenin je. kena la jadikan satu kenyataan. 1 benda yang aku pantang dengan loan nih, aku x suka buat loan then untuk kegunaan peribadi! Dapat loan 200k, terus beli kete Nissan Serena (itu kereta idaman - mampu milik aku & Mr H). Kitaorang rancang, buat loan, then dump every single cent into the business. So, nnt kedai laundry tu memang akan besar la. Sebab tu semua tu perlukan prancangan yang rapi. Bukan main hentam je, janji ada bisnes.

2) PASAL FAMILY
Anyway, sebelum tu, aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. Masih tak terlambat lagi kan? Hari ni baru hari ke 26 SYawal. Hehehe..
Minggu kedua Syawal aku dah buat so-called Open House. Jemput orang-orang tertentu je. Kebetulan family Mr H ada kenduri malam Sabtu. So kitaorang decide buat terus hari Ahad tu sebelum diaorang balik kampung. Family aku memang ada kat sini. Jemput je diaorang, kalau bab makan Insyaallah sampai je. Makanan pon order je. Nasi kerabu + ayam goreng berempah, mee goreng & roti jala, air sarsi. Ok la tu. Then last week, 8/8/2015, kawan2 aku pulak nak datang rumah nak beraya. Kalau sebelum2 ni, aku memang x berapa suka orang datang umah, sebab rumah kecik & bersepah. Tapi sekarang, Adam & Aqeel dah besar. So rumah pon terurus la sikit. Boleh la setakat nak jamu kawan2 2 3 orang. Aku masak spageti bolognaise + chicken meatball, brownies. Alhamdulillah, settle la semua. Brownies tu, 3 hari berturut-turut masak ni. 1st day utk kawan2 yang nak datang, then konon2 utk anak2 buah aku (last skali x hantar kat diaorg pon, abiskan sendiri je). Then malam tadi husband mintak lagi! Wah wah, sedap ye bang ;)

Ok, itu je coretan utk kali ni. MOga aku rajin lagi nak menulis setiap minggu.


PIc credit : Mr Google